Malaikat
adalah suatu makhluk Allah yang mempunyai kesedaran yang
amat tinggi. Dengan kesedaran yang
amat tinggi itu, mereka menjadi makhluk yang mulia, selalu bertasbih dan
beribadat mensucikan,
membesarkan dan memuji muji Allah,
selalu taat menjalankan apa saja yang diperintahkan Allah kepada mereka.
Mereka tak pernah
derhaka atau melanggar perintah
Allah, tanpa makan dan minum, tanpa rehat atau tidur, mereka selalu
melaksanakan segala macam
tugas yang di bebankan Allah atas
mereka masing masing sampai hari kiamat. Bila mereka itu makhluk
yang tinggi dan mulia,
mengapa Allah memerintahkan mereka
untuk sujud atau menghormati Adam? Apakah Adam atau manusia lebih tinggi
dan lebih mulia
daripada Malaikat? Pertama kita
harus ingat, bahawa Allah memerintahkan Malaikat sujud kepada Adam,
bukanlah dalam erti
menyembah, melainkan dengan erti
menghormati. Menghormati Adam tidak dapat diertikan menghormati manusia
anak cucu Adam. Jadi
penghormatan ini khusus terhadap
peribadi Adam. Mengapa peribadi Adam harus dihormati oleh para
Malaikat? Hal ini disebabkan
oleh kerana peribadi Adam mempunyai
keistimewaan yang banyak sekali dan luarbiasa, yang tidak dipunyai oleh
manusia manusia
lain atau makhluk yang mana pun
juga. Keistimewaan keistimewaan yang luar biasa itu adalah sebagai
berikut: Adam adalah
manusia pertama. Sebelum Adam, belum
ada manusia. Seluruh manusia selain Adam, semuanya adalah keturunan
Adam. Di antara manusia
keturunan Adam itu, ada yang menjadi
Nabi dan Rasul, menjadi orang orang suci. Diantaranya ada orang pandai
dalam berbagai
bidang, yang menyebabkan kemajuan
hebat bagi manusia dari abad ke abad. Lihatlah kemajuan anak cucu Adam
yang hidup diketika ini.
Sekalipun ada pula diantara anak
cucu Adam sendiri yang menjadi perosak dan penjahat. Sebab itu, memang
sudah sepatutnya
kalau para Malaikat memberikan
penghormatan atau sujud kepada Adam sebagai manusia pertama dan
mempunyai turunan yang hebat
itu. Adam diciptakan sendiri
olehNya. Sedangkan makhluk lain, seluruhnya diciptakan Allah dengan
perkataanNya: "Bila Allah
menghendaki sesuatu, Ia hanya
berfirman: Jadilah! Maka jadilah apa yang dikehendaki Allah itu." Hanya
Adam, yang Allah ciptakan
dengan kedua tanganNya. Demikianlah
menurut al-Quran. Sedang menurut Hadis, selain Adam, juga 'Arasy dan
Syurga yang diciptakan
Allah dengan tanganNya. Maka sudah
sepatutnya kalau para Malaikat diperintahkan Allah untuk menghormati
Adam. Kerana ia diciptakan
Allah dengan tanganNya, Adam sungguh
suatu makhluk yang terhormat tiada taranya dialam ini.
Selain
manusia pertama yang diciptakan Allah dengan tanganNya, Adam
adalah pula seorang Nabi, seorang
yang mendapat wahyu dari Allah. Menurut sebahagian Ulama, para Nabi dan
Rasul memang sama
darjat kemuliaannya dengan para
Malaikat. Bahkan ada diantara Ulama yang berpendapat bahawa Nabi dan
Rasul itu darjat kemuliaannya
melebihi para Malaikat, sebab
Jibrail sebagai Malaikat tertinggi, ditugaskan pula menjadi perantara
antara Allah dengan para
Nabi dan Rasul itu. Seperti
halnya dengan para Malaikat, maka Adam pun mempunyai kesedaran dan
pengertian (akal), sehingga
Adam dan keturunannya dapat
menyedari dan mengerti akan kebesaran Allah yang menciptakan dirinya dan
seluruh alam, dapat menyedari
dan mengerti akan perintah perintah
dan larangan Allah. Adam dan manusia diciptakan Allah dalam sebaik
baiknya kejadian,
kerana dia terdiri dari jasmani dan
rohani (roh, akal, hati dan nafsu), sehingga ia menjadi suatu makhluk
yang beradab dan
berkebudayaan, terus maju tidak
beku. Adam dan keturunannya diciptakan Allah untuk menjadi Khalifah (penguasa atau pengatur)
dibumi, sebagaimana Allah menciptakan Malaikat sebagai Khalifah di langit. Kerana
menyedari akan kedudukan dan kemuliaan
Adam, para Malaikat dapat mengerti
akan perintah Allah untuk menghormati Adam. Mereka lalu menjawab:
"Baiklah, ya Tuhan kami.
Kami dengar dan kami taati segala
perintahMu." Allah lalu menciptakan Adam dari tanah dengan tanganNya
sendiri. Berbentuk
seperti bentuk kita manusia sekarang
ini. Iaitu berkepala, berbadan, bertangan dan berkaki. Lalu Allah
hembuskan roh kepadanya,
sehingga Adam menjadi hidup. Adam
menggerakkan kedua tangan dan kakinya, lalu ia bersin (batuk), sehingga
bergerak sekujur
badannya, terbuka kedua matanya,
bergerak jantung dan paru parunya. Sekaligus ketika Adam membuka kedua
matanya, melihat seluruh
alam di sekitarnya, timbullah
pengertian dan kesedaran, dan dengan pengertian dan kesedaran itu, dia
mengucap: Alhamdulillahi
Rabbil Alamin (Segala pujian bagi
Allah yang mengatur seluruh alam). Para Malaikat kagum sekagum kagumnya
melihat dan mendengar
ucapan pertama yang keluar dari
mulut Adam. Satu ucapan yang berisi pengertian dan kesedaran tertinggi.
Pengertian dan kesedaran
bahawa alam ini seluruhnya
diciptakan dan diatur oleh Allah, sebab itu Allah selamanya harus selalu
disanjung dan dipuji.
Para Malaikat serentak menjawab ucapan Adam: "Yarhamukallahu, ya Adam." Ertinya: Allah selalu menumpahkan rahmatNya kepada
engkau, ya Adam, dan selamatlah. Para
Malaikat lalu beratur mengelilingi Adam, lalu sujud dan menghormati
kepada Adam,
sebagaimana yang diperintahkan oleh
Allah kepada mereka. Hanya Iblis yang tak mahu sujud dan tidak mahu
menghormati Adam.
Dia tetap berdiri dan membangkang
dengan sombongnya, tidak mahu menjalankan apa yang diperintahkan Allah. Allah
lalu berkata
kepada Iblis itu: "Bukankah engkau
juga makhluk ciptaanKu, yang juga harus tunduk dan menjalankan
perintahKu? Tetapi kenapa
engkau tidak sujud dan tidak memberi
hormat terhadap Adam sebagaimana Aku perintahkan?" Iblis menjawab:
"Engkau ciptakan
aku dari api dan Adam dari tanah.
Api lebih mulia dari tanah. Itu bererti yang aku lebih mulia dari Adam.
Maka tidak sepatutnyalah
aku sujud dan hormat terhadap Adam
itu." Mendengar bantahan Iblis itu, Tuhan menjadi marah, lalu
berkata kepada Iblis:
"Tempat ini (Syurga) bukan tempat
orang yang menyanggah terhadap Aku. Sekarang juga, engkau harus keluar
dari sini." Sesudah
keluar dan terusir dari Syurga,
Iblis kembali menyanggah dan berkata kepada Allah: "Ya, Tuhan! Engkau
usir aku dari Syurga
ini kerana Adam. Aku bersumpah,
bahawa aku dengan semua anak keturunanku akan memusuhi Adam dan semua
anak dan keturunannya
buat selama lamanya. Mereka akan aku
sesatkan. Mereka akan aku celakakan. Aku akan ajak dan anjurkan kepada
mereka untuk berbuat
keburukan dan kerosakan didalam
dunia ini nanti, agar kehidupan mereka selamanya susah dan kacau bilau
belaka." Mendengar
ancaman Iblis itu, Allah lalu
berkata: "Untuk menghindarkan tipu daya mu itu, kepada manusia akan Aku
beri suatu senjata yang
ampuh, ialah akal. Akal itu akan Aku
bimbing dengan petunjuk petunjuk (agama), Manusia yang tetap
mempergunakan akal dan menurut
petunjuk petunjukKu tidak akan dapat
engkau sesatkan dan perdayakan. Dengan akal itu, mereka akan dapat
membezakan yang baik
dan yang buruk. Dengan tuntunan
petunjukKu, akal mereka akan mempunyai daya berfikir yang benar. Sesiapa
yang tak menggunakan
akal dan tidak menurut petunjukKu,
tentu dapat engkau goda dan sesatkan. Ini akan dipertanggung jawabkan di
hadapanKu nanti
dihari kemudian (Akhirat). Mendengar
keterangan Allah itu, Iblis terdiam. Tetapi hatinya makin mendongkol,
irihati dan dengkinya
terhadap manusia bertambah memuncak.
Dia berpaling kepada Adam. Mata dan seluruh perhatiannya sekarang
ini ditujukannya
kepada Adam. Dia ingin tahu di mana
letak kelemahan kelemahan jasmani dan rohani manusia. Adam dipelajarinya
dari segala segi.
Akhirnya Iblis berkesimpulan bahawa
manusia itu selain mempunyai kekuatan berfikir, iaitu akal yang amat
hebat itu, juga mempunyai
banyak kelemahan kelemahannya.
Disamping akal itu, manusia mempunyai nafsu. Dan nafsu itu banyak sekali
macam ragamnya. Ada
nafsu terhadap makanan dan minuman,
ada nafsu kelamin atau syahwat, ada nafsu terhadap harta benda dan
kekayaan, terhadap
rumah tempat tinggal dan kenderaan
dan ada pula nafsu terhadap pangkat dan kedudukan yang tinggi di tengah
tengah sesama manusia.
Ditiap tiap macam nafsu, tabiat dan
karakter, terdapat banyak sekali pintu pintu atau lubang lubang
kelemahan dan setiap waktu
dapat dimasuki oleh Iblis untuk
memperdayakan dan mengacaukan kehidupan manusia Setelah melihat
semua kelemahan itu, Iblis
ketawa kecut. Dia ketawa dan
gembira, kerana berhasil melihat kelemahan manusia. Tetapi hatinya
menjadi kecut dan takut, bahawa
manusia disamping mempunyai kekuatan
yang hebat, iaitu akal, juga dengan akal itu dapat menerima petunjuk
petunjuk Tuhan.
Petunjuk Allah itu adalah merupakan
satu benteng berlapis waja yang tidak mungkin dapat ditembus oleh Setan
dan Iblis. Iblis
dari semula mengakui akan kelemahan
dirinya menghadapi manusia yang sedar dan iman yang berbentengkan
petunjuk Allah dalam
hidupnya. Bahkan kalau kita manusia
mengerti dan sedar pula akan kelemahan Iblis dan kekuatan rahsia dari
keimanan yang penuh
terhadap Allah dan petunjuk petunjuk
Allah, manusia akan selamat dalam kehidupan dunia dan akhiratnya dan
akan terhindar dari
tipu muslihat Iblis atau kesesatan
dalam hidup. Iblis adalah satu kekuatan ghaib yang dapat disamakan
dengan gelap. Sedang
keimanan terhadap Allah dan petunjuk
petunjuk Ilahi adalah pula satu kekuatan ghaib yang dapat disamakan
dengan terang atau
cahaya. Bila suatu tempat tidak
dimasuki oleh cahaya, pasti tempat itu diisi oleh gelap. Bila tempat
yang gelap itu dimasuki
cahaya, pasti gelapnya lenyap.
Begitu pulalah manusia sebagai tempat. Bila dia kosong dari keimanan dan
petunjuk Ilahi, akan
bermaharajalelalah Setan dan Iblis
atas dirinya. Tetapi bila manusia mempunyai keimanan di dada dan selalu
disiram dengan
petunjuk petunjuk Ilahi, segala daya
Iblis tak mampu memperdayakan. Kepada Adam diajarkan Tuhan pengetahuan pokok untuk
dapat hidup di permukaan bumi. Allah mengajarkan kepada Adam nama dari tiap sesuatu. Untuk
sekadar membuktikan kepada
para Malaikat, bahawa manusia layak
menjadi Khalifah dibumi, dan patut mendapat penghormatan dari Malaikat,
Allah lalu memanggil
Adam dan Malaikat supaya berkumpul. Kepada Malaikat Allah lalu berfirman: "Cuba kamu sebutkan nama dari tiap tiap sesuatu
yang terdapat di permukaan bumi itu, sekiranya kamu mengetahuinya." Dengan
merendahkan diri serendah rendahnya, Malaikat
menjawab: "Maha Suci Engkau, ya
Tuhan kami! Kami tidak mengetahui nama nama dari semua itu. Pengetahuan
kami hanya sekadar
apa yang Engkau ajarkan kepada kami.
Hanya Engkau saja, ya Allah, yang mengetahui segala galanya." Allah lalu berkata
kepada Adam: "Hai, Adam! Sekarang cuba engkau sebutkan nama dari benda benda itu semuanya!" Dengan segera Adam menyebutkan
nama dari tiap tiap benda yang dihadapkan Allah kepadanya, di hadapan kesemua Malaikat. Kemudian
itu Allah lalu berfirman
kepada Malaikat: "Bukankah Aku sudah
katakan kepada kamu sekalian, bahawa Aku mengetahui apa yang kamu tidak
mengetahui, tentang
rahsia rahsia langit dan bumi, Aku
mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan." Buat
Adam diberi
Allah tempat di dalam Syurga.
Makanan dan minuman tersedia serba cukup. Begitu juga apa saja yang ia
inginkan. Tetapi sayang,
Adam tinggal di Syurga itu seorang
diri, sebatang kara. Tempat yang sebagaimana bagusnya, makanan dan
minuman yang bagaimana
juga lazatnya tidaklah memberikan
kepuasan dan kebahagiaan yang sempurna. Manusia memerlukan teman,
sekalipun hanya seorang,
dengan siapa dia dapat mengemukakan
suka dan dukanya, atau kasih dan sayangnya. Teman inilah yang tak
dipunyai oleh Adam,
sekalipun dia sudah mempunyai Syurga
dengan segala kesenangannya. Sebab itu hidupnya selalu dalam kesepian. Allah
tahu
akan penderitaan yang berupa
kesepian yang di derita oleh Adam di dalam Syurga itu. Dan Allah kasihan
melihatnya. Oleh karena
itu Allah akan menciptakan makhluk
baru yang sama dengan Adam, tetapi jenis wanita, untuk menyempurnakan
segala kekurangan
dan kesepian dalam hidup Adam, untuk
menjadi isterinya. Dengan tujuan yang lebih tinggi, ialah untuk
meramaikan permukaan
bumi, untuk membuat sejarah
kebudayaan yang lebih menarik. Sejurus kemudian, Adam mengantuk,
lalu tertidur. Di kala dia
tertidur itulah, Allah s.w.t.
menciptakan manusia kedua, jenis wanita, isteri Adam yang bernama Hawa.
Setelah Adam terbangun
dan membuka kedua matanya, dia
melihat seseorang berdiri di samping, orang yang belum pernah dilihat
Adam sebelumnya. Orang
itu dipersilakan Adam duduk di
sampingnya, dan kepadanya Adam lalu bertanya: "Siapakah engkau, dan
siapa namamu?" Hawa menjawab:
"Saya adalah wanita, dan aku belum
tahu akan namaku sendiri." Bukan main senang dan gembiranya Adam melihat
wanita itu berkata
dan menggerak gerakkan badannya. "Engkau aku beri nama Hawa ertinya: Orang yang aku rindukan," kata Adam kepadanya. Para
Malaikat datang dan bertanya kepada Adam: "Siapakah nama temanmu itu, ya Adam?" "Namanya Hawa," sahut Adam. Dengan
isterinya yang bernama Hawa ini
hilanglah kesepian dalam hidup Adam. Keduanya hidup berbahagia di dalam
Syurga, aman dan tenteram,
tak kenal takut dan lelah,
makan-minum sepuas puasnya, kerana segala galanya tersedia serba cukup. Allah
lalu berfirman
kepada Adam: "Hai, Adam! Tinggallah
engkau dengan isterimu di dalam Syurga ini. Makan dan minumlah sepuas
puasnya. Tetapi
awas, janganlah engkau berdua
memakan buah dari pohon ini. Bila engkau berdua memakannya, bererti
engkau berdua melanggar
perintahKu, dan engkau berdua akan
mengalami kerugian besar, dan bererti aniaya terhadap dirimu sendiri." Selain
buah
Khuldi itu, di dalam Syurga terdapat
banyak dan bermacam ragam buah buahan. Semuanya boleh dimakan oleh Adam
dan Hawa. Hanya
buah Khuldi itu saja yang dilarang
oleh Allah memakannya, agar dengan larangan itu, dapatlah Adam dan Hawa
menahan hawa nafsunya,
dan dengan adanya larangan itu Adam
dan Hawa diuji tentang ingatan dan ketaatannya terhadap Allah. Kerana
hanya dengan ketaatan
inilah Allah dapat memberikan
kesempatan bagi manusia untuk tetap tinggal di dalam Syurga bersenang
senang dan berbahagia.
Allah memberikan peringatan
kepada Adam dan Hawa agar keduanya menjauhkan diri dari Iblis, jangan
sampai menurutkan anjuran
dan ajakan Iblis, karena Iblis sudah
terang terang menyatakan dirinya sebagai musuh Adam dan anak cucunya
buat selama lamanya,
dan akan selalu sedaya upaya siang
dan malam dengan tidak rasa letih dan tidak bosan bosan, untuk
menjauhkan Adam dan semua
anak cucunya dari kebahagiaan hidup.
Allah berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Iblis itu adalah musuhmu
dan musuh isterimu.
Dia akan selalu menggoda engkau
berdua agar engkau berdua terusir pula dari Syurga ini, sehingga engkau
berdua hidup sengsara.
Di Syurga ini engkau berdua dapat
hidup bahagia, tidak akan menderita lapar dan susah." Begitulah Adam
dan Hawa tinggal
di dalam Syurga. Hidup senang dan
bahagia, riang dan gembira. Sedang Iblis yang sudah diusir dari Syurga,
selalu berikhtiar
untuk dapat masuk Syurga kembali,
guna menipu dan memperdayakan Adam dan isterinya. Pada suatu kali,
Iblis berhasil dapat
masuk ke dalam Syurga, bertemu
dengan Adam dan isterinya. Iblis segera membujuk dengan berkata: "Hai,
Adam! Aku datang untuk
memberi nasihat yang baik kepadamu.
Mahukah kamu aku tunjuk, bahawa di sana itu ada satu pohon yang amat
lazat cita rasa buahnya.
Bila buah yang lazat itu engkau
makan, maka engkau dapat tinggal tetap di dalam Syurga ini buat selama
lamanya, dan Syurga
ini dapat engkau miliki sebagai satu
kerajaan yang tak akan rosak buat selama lamanya bagi engkau berdua." "Buah
apakah
gerangan yang engkau maksudkan itu?"
tanya Adam kepada Iblis. Iblis menunjuk ke arah pohon Khuldi yang sudah
dilarang oleh
Allah memakannya. Melihat isyarat
Iblis itu, tahulah Adam bahawa Iblis sudah mulai menggoda dan
menyesatkannya. Adam lalu
berpaling menjauhkan diri dari
Iblis.
Tetapi
Iblis tidak lekas putus asa. Dia mendapat kesempatan yang
kedua bertemu dengan Adam dan Hawa.
Segera pula dia memujuk: "Larangan Tuhan kepada engkau berdua memakan
buah Khuldi itu,
dimaksudkan jika engkau berdua
adalah Malaikat. Sedang engkau berdua bukan Malaikat. Jadi engkau berdua
tidak terlarang memakannya."
Adam dan Hawa tidak mengacuhkan
pujukan halus itu. Keduanya berpaling dan menjauhkan diri dari Iblis
itu. Sebagai telah
diterangkan, ketika Iblis terusir
dari Syurga, ia bersumpah dihadapan Allah bahawa ia dan anak
keturunannya sampai hari kiamat
akan berusaha menyesatkan Adam dan
anak keturunannya. Bila ia gagal dalam usahanya yang pertama dan kedua,
ia tidak akan berputus
asa, pasti ia akan berusaha untuk
ketiga, keempat sampai ke sekian juta kalinya dalam menyesatkan dan
menggoda manusia Ia
tahu betul, bahawa salah satu
kelemahan manusia itu, ialah sering lupa. Iblis menunggu satu waktu, di
mana Adam dan Hawa sudah
lupa akan perintah Allah yang
melarangnya memakan buah terlarang itu. Pada suatu ketika, setelah
diselidikinya, Iblis
tahu betul bahawa Adam dan Hawa
dalam berlengah lengah kerana kesenangan di Syurga itu. Dan Iblis tahu
betul bahawa Adam dan
Hawa disaat itu sudah merasakan agak
lapar atau dahaga. Ia masuk mendapatkan Adam dan Hawa setelah ia
memetik sendiri akan
buah yang terlarang itu. Langsung
dia berkata kepada Adam dan Hawa: "Makanlah buah ini, demi Allah,
aku ini bukan memujuk
dan menyesatkan kamu, melainkan
semata mata memberi nasihat yang baik, agar kamu berdua dapat menetap di
Syurga ini untuk
selama lamanya. Makanlah buah ini,
makanlah!" Mendengar Iblis bersumpah dengan menyebut nama Allah,
Adam dan Hawa mulai
berfikir: "Tentu seorang tak akan
berani bersumpah dengan menyebut nama Allah dengan sumpah yang bohong.
Iblis itu tentu berkata
benar." Disaat Adam dan Hawa mulai
ragu ragu terhadap kebenaran perkataan Iblis itu, Iblis menyogokkan buah
Khuldi itu kepada
Adam dan Hawa. Melihat buah yang
ranum dan harum semerbak itu, selera Adam dan Hawa mulai tertarik
kepadanya. Adam dan Hawa
lalu lupa akan larangan Allah yang
melarangnya memakan buah itu. Buah itu diambilnya lalu dimakannya. Baru
saja buah Khuldi
itu masuk ke dalam rongga perut Adam
dan Hawa, maka lenyaplah pakaian yang menutup aurat keduanya, sehingga
kedua suami isteri
itu menjadi telanjang. Kedua duanya
pandang memandang dengan perasaan malu yang tidak terhingga. Keduanya
segera menyembunyikan
diri agar tidak dilihat Allah.
Keduanya memetik dua helai daun kayu yang terdapat di dalam Syurga,
untuk menutup aurat masing
masing. Allah lalu berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Apakah engkau lari dari Aku?" Jawab Adam: "Bukan aku lari dari
Engkau, ya Allah, tetapi aku malu dan takut kepada Engkau." Berkata
Allah: "Bukankah Aku sudah melarang kamu berdua memakan
buah itu! Dan Aku katakan pula,
bahawa Iblis itu adalah musuhmu yang nyata? Tetapi kenapa engkau berdua
masih memakan buah
yang Aku larang itu?" Dengan
menundukkan kepala serendah rendahnya, Adam dan Hawa minta ampun dan
taubat kepada Allah:
"Ya Allah Tuhan kami! Kami sudah
aniaya terhadap diri kami. Kalau Engkau tidak sudi kiranya mengampuni
dan mengasihani kami,
sungguh kami akan merugi dan
sengsara berpanjangan." "Ya, Aku perintah, tapi engkau berdua melanggar perintahku," kata
Allah pula. "Maafkan dan ampunilah kiranya kami ini, ya Tuhan," kata Adam dan Hawa serentak. Kembali
Tuhan berfirman
dengan marah: "Aku telah beri tempat
engkau berdua di SyurgaKu ini, dan Aku sediakan segala apa yang engkau
inginkan. Hanya
Aku larang engkau berdua memakan
buah Khuldi itu. Apakah buah Khuldi itu lebih berharga bagi engkau
berdua daripada Syurga
dengan segala isinya ini?" Sahut Adam: "Sungguh tak aku kira Tuhan, Iblis berani berkata bohong kepadaku dengan menyebut
namaMu." Allah lalu memutuskan
dengan firmanNya: "Demi kemuliaanKu. Engkau berdua harus meninggalkan
Syurga ini, turun
ke bumi yang sudah lama terbentang,
di mana engkau berdua juga dapat hidup, tetapi harus dengan bersusah
payah, dan dengan
mencucurkan keringat, kadang-kadang
juga airmata." Dengan mata berlinang, sedih dan takut, Adam bersimpuh menundukkan
kepala di hadapan Tuhan minta ampun: "Tuhanku! Tuhanku! Ampunilah aku, ampuni aku." Terhadap
Adam, Hawa dan Iblis, Allah
menetapkan putusan yang tak dapat di
robah lagi dengan berfirman: "Kamu semua harus turun ke bumi. Disanalah
tempatnya bagi
kamu untuk hidup bermusuh musuhan,
tipu menipu, perdaya memperdayakan, berhasad dan dengki. Aku beri
kesempatan kepada masing
masing kamu untuk hidup di bumi ini
di dalam waktu yang terbatas, juga dengan segala macam kesenangan dan
kesusahan yang terbatas
pula. Nanti akan datang ajal kepada
masing masing kamu, lalu masing masing kamu akan Aku panggil kembali
kepadaKu, untuk mempertanggung
jawabkan apa yang kamu sudah lakukan
selama hidup dimuka bumi itu." Airmata semakin banyak jatuh
bercucuran dari mata
Adam dan Hawa. Keduanya menangis
tersedu sedu, sambil menanggungkan sesal yang tidak terkira hebatnya
atas kesalahan, lantaran
godaan Iblis. Kepada Adam dan
Hawa kembali Allah berfirman: "Di bumi, kamu akan selalu didatangi dan
digoda oleh Iblis
dan semua anak cucu dan
kakitangannya. Di bumi, kamu akan menghadapi perjuangan yang berat
menghadapi mereka. Tetapi kamu
jangan takut. Kepadamu dan anak
cucumu akan Aku turunkan petunjuk petunjuk (ajaran-ajaran agama). Siapa
diantara kamu dan
anak cucumu itu yang senantiasa
mengikuti petunjukKu itu, dia tidak akan tersesat dan tidak akan
sengsara." Tidak lama
kemudian, tibalah Adam dan Hawa
dipermukaan bumi yang fana. Diterimanyalah wahyu Ilahi yang pertama yang
menyatakan, bahawa
Allah sudah berkenan mengampuni dosa
dan menerima taubat Adam dan Hawa. Sungguh Allah suka memberi ampunan
dan taubat bagi
siapa saja di antara hambaNya yang
merasa dirinya bersalah dan suka minta ampun dan taubat Cerita Adam
yang memakan buah
terlarang, lalu dikeluarkan dari
Syurga dan ditempatkan di bumi ini, sudah menyesatkan banyak manusia
dari dahulu sampai sekarang.
Mereka katakan bahawa dengan
perbuatan Adam itu maka dia sudah berdosa sebesar besar dosa, sehingga
Adam diusir Allah ke bumi
ini. Bahkan bukan hanya Adam dan
Hawa saja yang berdosa besar, melainkan juga seluruh anak keturunannya
sampai hari kiamat.
Demikian hebat dan besarnya dosa
Adam dan keturunannya dengan kesalahan tersebut, tidak dapat diampuni
begitu saja, sehingga
Allah kerana kasihNya, menjelma
menjadi anak manusia melalui perut seorang wanita, lalu mati di tiang
salib untuk menebus
dosa tersebut. Untuk
menghindarkan manusia dari kesesatan yang nyata ini, Allah telah
mengutus RasulNya yang terakhir,
iaitu Muhammad s.a.w., untuk
menyampaikan wahyu wahyu dari Allah, iaitu al-Quran. Berulang kali dalam
al-Quran, Allah menyatakan
bahawa Adam melanggar perintah Allah
itu, adalah semata mata kerana terlupa sama sekali bukan kerana
sengaja. Sebab itu, Adam
dianggap Allah hanya tersalah, dan
bukan berdosa yang tidak terampun. Semua kesalahan yang dilakukan
manusia kerana lupa,
tidaklah dianggap Allah sebagai
dosa. Apalagi kesalahan Adam ini hanya sekadar memakan sebiji buah,
tidaklah dapat dianggap
sebagai kesalahan besar, melainkan
hanya suatu kesalahan yang amat kecil dan kecil sekali. Tetapi
bagaimanapun kecilnya
kesalahan ini, kerana kesucian dan
kesedarannya yang amat tinggi itu, Adam sangat menyesal, Adam mengeluh,
Adam minta ampun
dan taubat. Seorang yang dapat
menyedari akan kesalahannya, bukanlah orang yang berdosa, melainkan
seorang yang amat mulia,
seorang yang amat suci. Berulangkali
pula didalam al-Quran diterangkan, bahawa Allah sudah berkenan
mengampuni kesalahan
Adam yang kecil itu. Bahkan bukan
hanya diampuni dan diberi taubat saja oleh Allah, melainkan kerana
kesedarannya dan penyesalannya
itu, Adam menjadi manusia yang
terpilih, diberi petunjuk dan diangkat Allah menjadi Nabi. Adalah suatu
kesesatan yang nyata,
menganggap seorang Nabi orang
berdosa. Begitu pun tentang dikeluarkannya Adam dan Hawa dari
Syurga, lalu dipindahkan dan
ditempatkan di bumi ini, bukanlah
menunjukkan bahawa Adam berdosa. Kerana bukankah telah diterangkan
bahawa sebelum Adam melakukan
pelanggaran tersebut, Allah sudah
menyatakan kepada seluruh Malaikat, bahawa Adam itu diciptakan Allah
untuk menjadi Khalifah
di bumi ini. Ertinya bahawa Adam dan
anak cucunya, diciptakan Allah untuk menghuni bumi yang sudah
terbentang luas. Adalah
suatu kesesatan yang nyata pula,
kalau di katakan bahawa manusia ditempatkan di bumi ini, kerana dosa dan
kesalahan yang telah
diperbuat Adam dan Hawa. Umat Islam
harus membersihkan diri dari kesesatan yang nyata ini. Adam menurut
ajaran agama kita
Islam, selain manusia pertama, juga
seorang Nabi dan Rasul. Kita umat Islam diwajibkan beriman kepada semua
Nabi dan Rasul,
serta mempercayai bahawa setiap Nabi
dan Rasul itu harus bersih dari segala dosa, sekalipun sebagai manusia
mungkin saja tersalah,
iaitu kerana lupa dan lain lain.
Kesalahan bukan dosa. Nabi nabi dan Rasul rasul yang lain pun pernah
pula tersalah karena
lupa. Nabi Muhammad s.a.w. pernah
tersalah, iaitu mengakhiri sembahyang asar yang seharusnya empat rakaat,
sesudah beliau
baru saja melakukannya dua rakaat.
Setelah diperingatkan oleh para Sahabat yang menjadi makmumnya, barulah
beliau sedar, dan
beliau langsung meneruskan
sembahyang tersebut sampai empat rakaat. Lebih hebat lagi kesesatan
sebahagian manusia yang
mengatakan bahawa: kesalahan Adam
itu menjadi dosa pula bagi semua anak cucunya sampai hari kiamat, yang
mereka katakan dosa
asal. Padahal semua manusia yang
baru lahir, bersih dari segala dosa, sekalipun ibu bapanya berdosa atau
bersalah. Tidaklah
adil dan patut kalau seorang ibu
atau bapa berdosa, lalu anaknya dianggap berdosa pula karena dosa ibu
dan bapanya itu. Dosa
itu baru timbul sesudah seorang anak
menjadi baligh dan berakal (aqil baligh), kerana perbuatannya sendiri. Alangkah
hebatnya
dosa orang yang membawa manusia
kepada agama kepercayaannya yang setiap waktu secara berulangkali
mengatakan bahawa Nabi Adam
berdosa. Mengambinghitamkan seorang
manusia suci, Nabi dan Rasul, iaitu Adam, untuk mendapatkan pengikut,
bukanlah suatu perbuatan
yang suci, melainkan sebaliknya,
suatu perbuatan yang tercela dan berdosa pula. Kisah Adam yang
demikian itu disampaikan
Allah kepada manusia dengan
perantaraan Kitab SuciNya al-Quran, adalah sebagai pelajaran dan
peringatan bahawa kita manusia
sekalipun makhluk terbaik dan mulia
tetapi tetap mempunyai kelemahan. Diantara kelemahan manusia itu ialah
sifat pelupa. Dan
disaat kita lupa itu, kita dapat
diperdayakan dan disesatkan oleh Iblis. Hendaknya berhati hati sekali
jangan sampai dapat
disesatkan oleh Iblis itu.
MULAI HIDUP BERKETURUNAN Alangkah
terkejutnya
Adam dan Hawa setibanya dipermukaan
bumi ini. Sungguh besar perbezaan Syurga dengan Bumi, seperti perbezaan
siang dengan malam.
Dilihat Adam dan Hawa bahawa bumi
ini penuh dengan hutan belantara. Penuh dengan pokok pokok yang besar
dan bercabang cabang.
Didalamnya hidup segala macam
binatang buas yang selalu hendak menerkam mangsanya. Singa, harimau,
gajah, beruang, ular
dan lain-lain sebagainya. Kerana
takutnya terhadap binatang buas itu, Adam dan Hawa dengan bersusah
payah, sedaya upaya mencari
tempatuntuk bersembunyi. Disalah
satu dataran tinggi, didapati Adam dan Hawa sebuah gua yang agak luas.
Disanalah mereka menetap
dan bersembunyi. Tetapi akhirnya
Adam dan Hawa merasa dahaga dan lapar. Dengan bersusah-payah pula,
keduanya harus keluar
dari gua mencari air untuk diminum
dan buah-buahan untuk dimakan. Tetapi tidak semua air dapat diminum dan
tak semua buah
dapat dimakan, Ada yang pahit,
masin, masam, dan ada pula yang enak, manis dan gurih. Ya, ternyatalah,
bahwa kehidupan didunia
ini beza dengan kehidupan di Syurga
dahulu. Kehidupan didunia ini setiap saat atau detik penuh dengan
perjuangan. Setiap saat
harus memeras otak, memeras tenaga
dan keringat. Begitulah, setiap kali merasa dahaga dan lapar, Adam
dan Hawa
terpaksa berjalan sejauh jauhnya
mencari air dan buah buahan. Sedang bahaya binatang binatang buas selalu
mengancam jiwanya.
Rupanya kehidupan dipermukaan bumi
ini, adalah satu cara hidup yang selalu dalam proses dan peredaran, yang
selalu silih berganti
antara senang dan susah, dingin dan
panas, naik dan turun, kenyang dan lapar, sihat dan sakit dan
seterusnya. Segala macam
penderitaan yang berbentuk dahaga,
lapar, bahaya binatang buas dan lain-lain telah dapat menggerakkan akal
dan fikiran Adam
dan Hawa, bagaimana mereka dapat
membebaskan diri dari penderitaan itu. Timbullah fikiran dalam
hatinya untuk menanam
pohon-pohon yang buahnya enak
dimakan disekitar tempat kediamannya, agar dia terhindar dari bahaya
binatang-binatang buas
didalam hutan belukar mencari atau
memetik buah-buah yang dia inginkan. Dengan mempergunakan dahan dahan
kayu, tempat disekitar
gua itu ditebasnya. Dipindahkannya
ke situ pokok pokok yang dirasanya enak dimakan buahnya, untuk
menghilangkan laparnya.
Ya, Adam terpaksa memeras
tenaga, mencucurkan peluh, memeras otak dan fikiran, untuk mendapatkan
makanan menghilangkan
lapar. Isterinya Hawa pun demikian
pula. Dia terpaksa menolong Adam dengan tenaga yang ada padanya.
Begitulah, bertahun tahun
kemudian, Adam dan Hawa sudah dapat
bercucuk tanam, dan sudah pandai pula berternak memelihara binatang
ternakan seperti kambing
dan ayam.
KETURUNAN
PERTAMA
Dalam kehidupan
bersuami isteri, Hawa mulailah hamil. Tidak lama kemudian lahirlah ke
permukaan
bumi ini turunan Adam dan Hawa yang pertama.
Anak yang pertama ini lelaki seperti Adam. Anak itu diberi nama Qabil. Alangkah
bahagianya Adam dan Hawa setelah dari
pergaulannya berdua itu, lahir seorang manusia baru, anaknya yang
pertama itu, menambah
anggota masyarakat yang hanya terdiri dari
dua orang menjadi tiga orang. Hawa mulai sibuk menjaga dan mengasuh
anaknya, tidak
dapat lagi keluar membantu Adam bercucuk
tanam dan mengembala ternakan. Adam terpaksa keluar seorang diri dan
bekerja. Setiap
petang kalau dia sudah lelah, dia pulang
kembali ke gua tempat kediamannya untuk istirahat, menemui isteri dan
anaknya. Makanan
yang didapatinya dibawanya pulang dan
dimakannya bersama sama dengan isteri dan anaknya. Dengan begitu,
kegembiraan hidup
Adam dan Hawa diatas bumi tampaknya semakin
hari semakin bertambah. Kegembiraan yang bertambah itu telah dapat
menghilangkan
kelelahan bekerja dan ketakutannya terhadap
binatang binatang buas. Setelah berlalu pula kira kira setahun
lamanya, kembali
Hawa menjadi hamil. Tidak lama kemudian,
lahirlah anaknya yang kedua, seorang wanita. Dan anak perempuan ini
dinamai Adik
Qabil. Dengan kelahiran yang kedua ini, Adam
dan Hawa semakin gembira hidupnya dan semakin rajin dan tekun bekerja
mencari
penghidupan. Begitulah dari tahun ke
tahun, keluarga Adam selalu bertambah tambah dengan anak yang ketiga,
seorang lelaki
dinamai Habil, anak keempat seorang
perempuan, dinamai Adik Habil, kelima, keenam dan seterusnya. Adam
terpaksa bekerja lebih
keras untuk mendapatkan makanan lebih banyak
kerana bilangan keluarganya semakin besar. Adam dan Hawa menjadi
semakin
tua, sedang anak anaknya pun semakin besar
dan meningkat dewasa. Qabil dan Habil sekarang sudah meningkat jadi muda
remaja.
Akal dan fikirannya mulai timbul. Timbul
perasaan wajib menolong ibu bapanya, bekerja bertani dan menggembala,
menghasilkan
makanan dan minuman bagi keluarganya yang
semakin besar, turut berjuang menjaga adik adiknya dari bahaya singa dan
harimau,
dan binatang-binatang buas lainnya. Mulai
tampak perbedaan alam wanita dengan lelaki. Anak anaknya yang lelaki
kebanyakan
suka bekerja di luar rumah, bertani, berburu
dan memelihara binatang binatang ternak. Sedang anak anaknya yang wanita
suka
bekerja di rumah, memasak makanan dan minuman
serta menjaga adik adik dan mengurus keperluan keperluan rumahtangga. Sekalipun
Qabil dan Habil dua bersaudara, sebapa dan
seibu, dan sama lelaki, sama sama dibawah asuhan seorang ibu dan seorang
bapa,
tinggal didalam dan iklim yang sama, tempat
yang sama pula, namun kudrat Ilahi dan kehendak Allahlah yang lebih
menentukan
segala sesuatu didalam alam yang luas ini.
Keadaan rohani dan jasmani dari Qabil dan Habil tidaklah sama, berbeza
satu dengan
yang lain. Ada perbezaan besar. Qabil
sekalipun lebih tua, tetapi badannya lebih kecil dan lemah. Habil
sekalipun lebih muda,
tetapi badannya lebih besar dan lebih kuat.
Qabil sekalipun lebih tua dan berbadan lemah, tetapi tabiatnya amat
kasar. Sedang
Habil yang berbadan kuat dan besar, tetapi
tabiatnya sangat baik dan perasaan yang sangat halus, lagi berbudi
pekerti tinggi.
Adam bermaksud akan membagi-bagikan
perkerjaan kepada dua orang anaknya yang meningkat remaja itu. Qabil
dengan tabiatnya
yang kasar itu diserahi oleh Adam untuk
bertani, mengolah tanah, menyangkul dan menebas hutan belukar, kerana
tanah dan hutan
belukar adalah barang mati yang tidak
memerlukan perasaan halus dan cinta kasih. Ada pun Habil kerana
perasaannya yang
halus dan perasaan kasih sayangnya, diserahi
oleh Adam untuk memelihara binatang ternak, iaitu kambing dan lembu yang
dapat
merasakan haus dan lapar, sakit dan senang,
sebab itu perlu disayang, dicintai, harus diurus oleh manusia yang
mempunyai perasaan
halus dan rasa kasih sayang. Baru saja
matahari terbit di waktu pagi, maka keluarlah Adam, Qabil dan Habil dari
gua tempat
kediaman mereka untuk bekerja. Qabil terus
menuju ke hutan menebas belukar, ke ladang menyangkul, menaburkan benih
atau menuai,
bila tanam tanamannya sudah masak untuk
dituai. Sedang Habil menuju ke padang rumput untuk memelihara dan
menggembalakan
ternaknya. Adam kadang kadang pergi berburu,
mencari ikan atau burung, untuk dimakan dagingnya sebagai lauk pauk.
Atau pergi
mencari air untuk di minum dan memandikan
anak anak dan isterinya. Kalau matahari sudah hampir tenggelam, siang
akan berganti
dengan malam, mereka kembalilah ke gua tempat
kediaman mereka. Qabil membawa buah buahan dan sayuran, Habil membawa
susu,
sedang Adam membawa burung-burung dan ikan
hasil buruannya. Sesudah semua buah tangan itu dimasak oleh Hawa, mereka
makanlah
bersama sama dengan enaknya. Diwaktu dan sesudah makan bersama ini, timbullah fikiran pada Adam untuk mengajar anak anaknya
bersyukur kepada Allah yang telah memberi mereka rezeki sebanyak itu. Lihatlah
kata Adam kepada anak-anaknya: "Kita ini
tidak akan ada kalau tidak diciptakan oleh
Allah. Allahlah yang menciptakan diri kita masing-masing. Diciptakan
Allah pula
bumi yang lebar dan luas ini untuk tempat
tinggal kita. Lihatlah, alangkah luas dan lebarnya bumi Allah yang kita
tempati
ini. Di sinari oleh matahari di waktu siang
dan oleh bulan dan bintang-bintang, diwaktu malam. Ditumbuhkan Allah
segala macam
tumbuh-tumbuhan, dikembangkan Allah segala
macam binatang binatang untuk menjadi rezeki kita. Marilah kita
menyembah kepada
Allah dan mensyukuri segala nikmat dan
rahmatNya kepada kita." Untuk menguji tentang keimanan dan
kesyukuran kedua orang
anaknya yang sudah remaja itu, Adam menyuruh
kedua orang anaknya yang bernama Qabil dan Habil itu untuk pergi ke
puncak sebuah
gunung. Kedua dua orang anaknya itu disuruh
oleh Adam membawa sebahagian dari penghasilan masing masing, dan
meletakkan penghasilannya
di puncak gunung itu, agar dapat dimakan oleh
makhluk Allah yang mana saja membutuhkannya, iaitu makhluk makhluk
Allah yang
tidak pandai bercucuk tanam dan memelihara
binatang ternak. Pekerjaan ini dinamai Adam berkorban, berzakat dan
beribadat.
Pekerjaan berkorban, berzakat dan
beribadat ini amat cocok dan sesuai dengan perasaan Habil, kerana dengan
perasaannya
yang halus dan fikirannya yang dalam, dia
dapat merasakan kebesaran Allah yang banyak nikmat pemberianNya. Apalagi
pengorbanan
tersebut, akan dapat pula menolong beberapa
macam binatang-binatang yang dalam kehausan atau kelaparan. Adapun
Qabil dalam
hatinya sangat menentang pekerjaan itu.
Mengorbankan sebahagian dari hasil kerjanya yang diperdapatnya dengan
penat lelah,
untuk dijadikan zakat atau ibadat terhadap
Allah, dianggapnya satu pekerjaan yang tidak berguna, atau pekerjaan
orang bodoh
dan merugikan. Alangkah susahnya mencari
rezeki, katanya, kenapa rezeki itu dilemparkan ke puncak gunung untuk
dimakan binatang
binatang yang tidak ada gunanya. Iblis yang
dilontarkan Allah ke bumi, rupanya sudah mulai menjalankan peranannya,
untuk memesongkan
hati manusia dari amal dan perbuatan yang
baik. Habil rupanya tak mampu digoda dan diperdayakannya. Tetapi Qabil
merupakan
tanah yang subur bagi Iblis untuk menjalankan
tipu dayanya. Iblis sudah dapat memasuki salah satu kelemahan dari
unsur
manusia dengan saluran kecintaan manusia
kepada harta benda. Harta dan kekayaan adalah satu alat buat Iblis untuk
memperdayakan
manusia. Untuk berkorban ini, Habil memilih
kambingnya yang terbaik dan tergemuk. Sesudah disembelihnya, lalu
ditaruhkannya
dipuncak gunung, sebagai korban dan tanda
terimakasihnya terhadap Allah yang telah memberikan rezeki. Qabil
sekalipun
dengan perasaan enggan dan terpaksa, juga
melakukan ibadat korban itu. Tetapi untuk korban ini dia memilih
buah-buahan yang
tidak baik, yang sudah setengah busuk, kerana
hatinya memang tidak baik dan busuk pula. Baik Habil atau Qabil
lalu meletakkan
korban masing-masing dipuncak gunung, dengan
harapan korban itu akan diterima oleh Allah dengan penerimaan yang baik.
Pada
hari berikutnya, pergilah kedua bersaudara
itu diiringkan oleh bapaknya Adam, untuk melihat, apakah korban korban
itu sudah
diterima oleh Allah atau tidak. Ternyata
bahawa korban Habil sudah tidak ada lagi, bererti sudah diterima oleh
Allah dengan
baik. Tetapi korban Qabil yang terdiri atas
buah-buahan yang tidak elok dan busuk itu, masih saja ada disitu bahkan
sudah
menjadi lebih busuk. Itu bererti bahwa korban
Qabil tidak diterima oleh Allah. Bukan main girangnya Habil melihat
yang
korbannya diterima dengan baik oleh Allah.
Dia lalu bersyukur dan berterimakasih. Qabil menjadi marah dan irihati,
kerana
korbannya tidak diterima oleh Allah. Dengan
marah dia berkata kepada bapanya: "Korban si Habil diterima oleh Allah,
kerana
bapa mendoakan baginya. Korban saya tidak
diterima oleh Allah, kerana bapak tidak suka mendoakan bagi saya." Adam
lalu
menjawab: "Habil mengorbankan barang barang
yang baik, kerana hatinya baik. Korbannya diterima oleh Allah, kerana
Allah suka
kepada barang-barang yang baik. Sedang engkau
mengorbankan buah buahan yang tidak baik dan busuk. Itu menunjukkan
yang hatimu
busuk. Korbanmu tidak diterima oleh Allah,
kerana Allah tidak suka kepada barang-barang yang busuk dan tidak baik."
Qabil
menjadi marah dan irihati kerana korbannya
tidak diterima oleh Allah. Dengan marah dia berkata kepada adiknya
Habil, sekalipun
Habil tidak bersalah apa apa terhadap
dirinya. Tetapi begitulah caranya Iblis menggoda manusia tanpa alasan
yang tepat pun.
Iblis dapat menggoda manusia manusia yang
lemah jiwa dan batinnya, lemah imannya untuk membenci saudaranya sendiri
yang tak
bersalah apa apa. Sesungguhnya tipu muslihat
Iblis itu halus dan licin sekali. Qabil pulang ke rumahnya dengan
hati yang
marah dan menggerutu. Kepalanya digeleng
gelengkan tanda marah yang bersangatan. Marah kepada saudaranya Habil
yang baik dan
tidak bersalah apa apa terhadap dirinya.
Bukan marah terhadap dirinya sendiri yang tidak baik dan busuk itu. Ya,
begitu
halusnya godaan Setan dan Iblis terhadap
manusia, untuk mengeruhkan pergaulan sesama manusia dalam kehidupan di
permukaan
bumi ini. Setelah masing masing anak Adam itu
meningkat dewasa, maka anak anak lelaki mulai merasakan keperluan
terhadap isteri,
sedang anak anak perempuan merasakan
keperluan terhadap suami, kerana memang demikianlah sunnah yang
ditetapkan Allah yang
menciptakan manusia dan semua makhluk berjiwa
lainnya. Sekalipun masyarakat manusia di masa hidupnya Adam itu
baru terdiri
atas beberapa orang lelaki dan beberapa orang
wanita saja, namun begitu untuk memenuhi hasrat bersuami isteri ini
agar berjalan
dengan teratur, maka Allah menetapkan
beberapa aturan (syari'at) yang harus dijalankan oleh masing masing
manusia yang menjadi
anggota masyarakat yang kecil itu. Ditetapkan
Allah syari'at (aturan) bagi anak anak Adam dan Hawa yang sudah dewasa
itu,
iaitu aturan yang sangat sederhana sekali.
Qabil anak pertama, boleh kawin dengan Adik Habil anak keempat, sedang
Habil anak
ketiga boleh kawin dengan Adik Qabil anak
kedua. Jadi masing masing Qabil dan Habil tidak boleh kawin dengan
adiknya sendiri.
Syari'at itu diwahyukan Allah kepada Adam.
Adam menyampaikan wahyu ini kepada isteri dan anak anaknya yang sudah
berhasrat
kawin itu. Syari' at ini diterima dengan
segala ketaatan dan kepatuhan oleh Adam, Hawa dan anak anaknya. Hanya
Qabil yang
tidak mahu tunduk terhadap syari'at yang
ditetapkan Allah ini. Iblis mendapat peluang yang baik sekali dengan
perantaraan
perasaan berahi antara lelaki dan wanita,
dengan perantaraan nafsu dan keinginan keinginan hidup manusia. Kepada
Qabil dibisikkan
oleh Iblis bahwa Adik Qabil lebih cantik dari
Adik Habil. Kata Iblis kepada Qabil: "Jangan kamu tunduk kepada
penetapan
bapamu yang tidak adil itu. Adikmu sendiri
jauh lebih cantik dari Adik Habil. Kenapa bapa menyuruh kamu kawin
dengan Adik
Habil yang tak cantik, sedang adikmu yang
cantik itu disuruh berikan kepada Habil untuk menjadi isterinya?" Dengan
pujukan
Iblis ini, mulailah ketara nafsu yang tidak
mahu menurut putusan dengan segala macam alasannya. Kecantikan seorang
wanita
telah dapat dipergunakan oleh Iblis untuk
menimbulkan perselisihan antara dua orang lelaki yang bersaudara kandung
itu. Ini
bukan hanya terjadi ke atas diri anak anak
Adam dan Hawa dahulu kala, tetapi masih terjadi pada anak cucu Adam dan
Hawa yang
hidup diabad ini, atau zaman moden sekarang
ini. Adam dan Hawa sebagai bapa dan ibu mulai pening memikirkan
bagaimana
caranya agar dia dapat memenuhi keinginan
anak anaknya dengan tidak melanggar syari'at yang sudah ditetapkan
Allah, agar tetap
hidup dalam keadaan aman tenteram dan selamat
dimuka bumi ini. Bila syari'at Allah dijalankan akan terjadi
perselisihan
antara anak anaknya. Bila keinginan anaknya
yang diteruskan akan terjadi keengkaran terhadap syari'at yang
ditetapkan Allah.
Satu kesempatan yang amat baik sekali bagi
Iblis untuk menjalankan tipudaya dan siasatnya. Perselisihan antara
manusia sesama
manusia adalah jalan yang amat lurus bagi
Iblis untuk sampai pada tujuannya. Kesempatan baik ini, tidak
disia-siakan Iblis.
Iblis segera datang berbisik ke telinga
Qabil: "Hai, Qabil! Janganlah lekas putusasa. Ada satu cara yang
amat mudah untuk
mengatasi jalan buntu antara engkau dan
adikmu Habil, untuk menyampaikan hasrat hatimu kawin dengan adikmu yang
cantik itu.
Jalan satu-satunya ialah supaya kamu bunuh
saja adikmu yang bernama Habil itu." Mula mula Qabil agak ragu ragu
terhadap
cara penyelesaian yang dianjurkan Iblis itu.
Iaitu dengan cara membunuh Habil, adik kandungnya sendiri, saudara yang
seibu
dan sebapa dengan dia, selapik seketiduran,
kadang-kadang sebantal sekalang hulu. Beberapa hari lamanya Qabil
termenungmenung
tidak keruan hidupnya. Berdiri bermenung,
duduk bermenung, tidur tak berasa puas, makan tak berasa enak. Duduk
termenung dan
melamun adalah merupakan tanah yang amat
subur pula bagi Iblis untuk menanam siasat dan tipu dayanya terhadap
manusia. Orang
yang duduk bermenung bererti fikirannya
menjurus ke satu jurusan saja. Dia lupa akan jurusan jurusan lain dalam
hidupnya.
Apalagi kalau yang dimenungkan itu hal yang
tak baik. Dia akan lupa akan kemaslahatan dirinya. Apa lagi kemaslahatan
ibu bapa
dan keluarganya. Dia akan lupa akibat akibat
yang akan timbul dari perbuatannya itu. Di saat yang amat kritikal dalam
menungannya
itu, Iblis datang langsung menemui Qabil
dengan anjuran yang lebih tegas: "Bunuh saja, hentam saja, jangan fikir panjang
lagi !" Melihat keadaan dan tabi'at Qabil
yang luarbiasa itu, Adam, Hawa, Habil seluruh anggota anggota
keluarganya menjadi
gelisah. Masing-masing mereka mencoba memberi
nasihat kepada Qabil. Berkata Adam kepada Qabil: "Jangan engkau
perturutkan
ajakan Setan dan Iblis. Tunduklah kepada
syari'at yang ditetapkan Allah yang telah disetujui oleh ibu bapamu
sendiri." Habil
dengan hati yang lapang dan pandangan yang
luas mencuba menasihati abangnya yang sudah lupa daratan itu: "Lebih
baik engkau
mencari jalan yang hak, hai saudaraku,
menempuh jalan yang membawa selamat, menjauhkan diri dari jalan yang
membawa celaka
dan kesengsaraan yang berlarut larut." "Ketahuilah,
saudaraku," katanya lagi, "bahawa apa yang terjadi ini adalah syari'at
dan takdir yang sudah ditentukan Allah. Ibu
dan bapak, begitupun saya sendiri hanya semata-mata menjalankan perintah
dan syari'at
Allah itu. Kita sekalian diciptakan Allah
hidup di permukaan bumi ini, adalah semata mata untuk dapat menjalankan
syari'at
dan untuk mengabdikan diri kita kepada Allah
yang menciptakan kita itu. Sungguh engkau akan berdosa bila keluar dari
jalan
yang hak sudah ditentukan Allah. Maka lebih
baik engkau minta ampun atas dosamu itu, sebagaimana saya selalu minta
ampun dan
menyerahkan nasib dan untungku seluruhnya
kepada Allah yang menciptakan seluruh alam ini." Nasihat yang
bagaimana juga
baik dan benarnya, rupanya tidak berbekas
pada jiwa yang penuh nafsu yang sedang bergejolak membakar. Qabil malah
menjadi
semakin galak garang. Dia segera mendekati
adiknya Habil yang masih memberi nasihat dan berkata: "Engkau jangan
banyak bicara.
Engkau pasti saya bunuh." Dengan hairan
dan sabar, Habil menjawab: "Kenapa kau hendak bunuh aku?" "Kerana bapa
dan Allah lebih suka kepada engkau," jawab
Qabil. "Dengan membunuh saya, keadaan tidak akan berubah, malah bapak
dan Tuhan
akan semakin marah terhadap engkau," jawab
Habil. "Tak peduli, engkau pasti aku bunuh, agar senang hatiku," kata
Qabil dengan
garangnya. Sekalipun Habil jauh lebih kuat
badannya dari Qabil, kerana budinya yang tinggi, dia tetap bersabar diri
dan berkata:
"Sekali pun engkau telah mengacungkan tangan
untuk membunuhku, saya tetap tidak akan menggerakkan tangan untuk
membunuhmu.
Saya takut kepada Tuhan Semesta Alam." Habil
terus berjalan menuju tempat kediamannya, Qabil mengikutinya dari
belakang
dengan hati mengkal. Setibanya di gua, masih
saja dia mengkal dan marah. Dicobanya menidurkan mata, tidak mahu tidur.
Semalam
malaman itu dia tak sepicing juga dapat
tidur. Dadanya berasa mengah. Disaat itu datang lagi Iblis meniup-niup hatinya
yang sudah panas itu dengan berkata: "Bunuh Habil, bunuh Habil, bunuh Habil !" Diwaktu
pagi sebagai biasa, Habil bangun
dari tidurnya. Dengan perasaan lega dia
menuju ke padang rumput menggembalakan ternaknya. Qabil yang sedang
diperkuda oleh
Iblis dengan sembunyi sembunyi mengikutinya
dari belakang. Maksudnya untuk membunuh Habil yang tidak ragu ragu lagi,
malah
bertambah menyala nyala. Dikala matahari,
bulan, bintang bintang beredar diangkasaraya menjalankan perintah
Tuhannya, dikala
burung burung berkicau bersiul berterbangan
ke sana ke mari menjalankan tugasnya masing masing sambil bertasbih
mensucikan
Tuhan Yang Maha Suci, Qabil dengan mencapai
dahan kayu yang amat keras dan berat memukul kepala Habil dari belakang
sekuat
hatinya. Darah bertumpah dan mengalir
membasahi permukaan bumi buat pertama kali. Habil menjerit kesakitan,
badannya terhempas
ke bumi dan bergeletar. Terjadilah apa yang
disangsikan para Malaikat terhadap manusia, ketika Malaikat diberitahu
Allah bahwa
manusia akan diciptakan Allah untuk menjadi
Khalifah (pengatur) diatas bumi. Malaikat sangsi bahwa manusia akan
berbuat binasa
di bumi dan akan menumpahkan darah.
Kesangsian itu kini untuk pertama kalinya sudah terjadi, mungkin akan
disusul pula dengan
kejadian-kejadian kedua, ketiga, keempat dan
sampai entah ke berapa kali lagi; bahkan pembunuhan itu bukan hanya
dilakukan
oleh seorang manusia terhadap seorang manusia
saja, tetapi akan terjadi pembunuhan pembunuhan besar, beribu-ribu
manusia dengan
alat alat pembunuhnya yang terkejam dan
termoden akan membunuh beribu ribu manusia lainnya, manusia yang
bersalah dan tidak
bersalah, wanita atau anak anak di bawah umur
sekalipun. Setelah melihat darah mengalir membasahi bumi, serta
mendengar
jeritan Habil yang memilu dan menyayat
perasaan itu, maka Iblis yang memperkudanya itu tersenyum simpul, lalu
pergi meninggalkan
mangsanya, sebagai seorang yang menang,
kerana helah dan tipudayanya sudah berhasil. Makin yakin ia akan
kelebihan dirinya
dan akan kelemahan atau kekurangan Bani Adam
(manusia).
Sepeninggalan Iblis itu, Qabil mulai sedar akan
kebodohan
dirinya. Perasaan menyesal atas perbuatan
yang baru dilakukannya mulai tumbuh, muncul dengan perlahan dari lubuk
hatinya.
Teringatlah ia, bahawa adiknya (Habil) adalah
seorang baik dan tidak bersalah apa apa. Mulailah dia merasakan bahawa
perbuatannya
itu amat kejam. Mulai timbul kesedaran,
bahawa dia bersalah besar. Tidak ada keuntungan yang diperolehinya dari
pembunuhan
ini. Dan tidak mungkin pembunuhan ini akan
membawa kesenangan hatinya. Malah sebaliknya, hatinya bertambah gundah,
dia merasa
rugi, kosong dari perasaan aman dan tenteram.
Apalagi setelah dilihat dengan mata kepalanya sendiri keadaan adiknya
Habil
yang bergeletar ditanah menghadapi sakaratul
maut. Suara rintihannya semakin halus, akhirnya hilang lenyap.
Sebaliknya seluruh
anggota badannya semakin hebat menghempas ke
kiri dan ke kanan menandakan rasa sakit yang tak terhingga. Nafasnya
sesak, seakan
akan jantung dan paru parunya sudah tidak
kuasa lagi menghirup udara atau hawa. Akhirnya seluruh gerakgerinya
berhenti, sekujur
badannya menjadi lemah longlai, dan dia lalu
menghembuskan nafas yang terakhir. "Inna lillahi wa inna ilaihi
raji'uun."
Ya, semua manusia akan mati. Bahkan semua
makhluk berjiwa akan mengalami mati. Kerana begitulah sunnah Ilahi yang
menciptakan
seluruh makhluk berjiwa ini. Kerana Allah
sudah menetapkan dari azal, bahawa kehidupan didunia ini hanya buat
sementara saja,
hanya sebagai singgah dalam perjalanan ke
arah penghidupan yang kekal dan abadi di akhirat. Diakhirat nanti akan
diperhitungkan
satu persatu amal dan kerja setiap manusia
selama hidupnya di dunia ini. Setiap amal, buruk dan baik, kecil dan
besar tidak
ada yang tertinggal dan tidak kena
perhitungan itu. Semua akan mendapat balasan yang setimpal. Perbuatan
baik balasannya baik.
Perbuatan jelek atau jahat pembalasannya
jahat pula. Orang yang hidupnya teraniaya di permukaan bumi ini
janganlah terlalu
bersedih hati. Bersabarlah, Tuhan sanggup
membalikkan penganiayaan itu ke alamat asalnya. Dan orang yang
menganiaya, jangan
terlalu bergembira dalam hidup, pasti akan
merasakan sakit dan pedihnya penganiayaan yang dia lakukan itu ! Angin
sepoi
mulai berhembus dan bertiup. Semua daun daun
kayu bergerak dan berdesir. Hembusan angin sepoi itu seakan akan
menjamah sekujur
tubuh Habil yang sudah tak bernafas lagi itu
sebagai hiburan dan tanda turut berdukacita. Sedangkan desiran daun daun
seakan
akan bertasbih meratapi dan meucapkan selamat
jalan kepada jenazah Habil yang sedang pulang kembali ke Rahmatullah. Adapun
Qabil mendengar desiran daun dihembus angin
sebagai bisikan yang mengecam dan mengutuknya: "Qabil, engkau pembunuh,
engkau
pembunuh, engkau kejam, engkau kejam, bodoh,
engkau bodoh." Burung burung dan binatang binatang buas dengan berbagai bunyi,
seakan akan berkata kepadanya menyesali perbuatannya itu: "Engkau pembunuh, engkau kejam." Qabil
mulai mengerang panjang.
Dia mulai merasa takut. Badannya berasa berat
dan kakinya berasa lemah. Tiba tiba dia tersungkur jatuh disamping
jenazah adiknya
Habil. Dia memanggil manggil: "Habil! Habil!
Habil !" Habil tidak menjawab, kerana dia sudah menghembuskan nafas
yang
terakhir, telah bercerai jiwa dengan raganya.
Tinggallah Qabil termangu mangu disamping jenazah adiknya. Tidak tahu
apa yang
harus dilakukannya. Apakah jenazah adiknya
itu akan ditinggalkannya begitu saja sehingga biar dimakan serigala dan
burung
burung? Tak sampai hati dia
meninggalkannya begitu saja. Akhirnya jenazah itu dipikul ke bahunya dan
dibawanya. Tetapi
dia tidak tahu ke mana jenazah itu akan
dibawanya dan akan diapakan jenazah itu. Dia terus berjalan dan
berjalan. Akhirnya
dia menjadi letih, lalu berhenti melepaskan
lelah. Hatinya sedih dan mulai berkhayal agar adiknya hidup kembali.
Sesalnya
bertambah tambah, sehingga dia menjadi tak
keruan dan gelisah. Mulai dia marah kepada dirinya sendiri. Setelah
letihnya
agak berkurang kembali jenazah adiknya itu
dipikulnya ke bahunya. Dia berjalan tidak bertujuan. Setelah penat, dia
berhenti
pula melepaskan lelah. Begitulah berulang
ulang sampai letih dan lesu, dibawah terik panas matahari. Tiba tiba
dia melihat
dua ekor burung gagak berkejar kejaran. Kedua
burung gagak itu sama menyiruk ke bawah, hinggap ditanah. Keduanya
berkelahi
sehebat hebatnya, tikam menikam, pukul
memukul dengan paruhnya masing-masing. Salah satu di antara kedua burung
itu kena pukul
yang keras sekali, sehingga patah lehernya.
Burung yang kena pukul itu bergeletar ditanah menghempaskan diri. Tak
lama kemudian
burung itu mati. Setelah mengetahui
bahawa burung yang kena itu sudah mati, lalu burung yang masih hidup
menggali lubang
ditanah dengan menggunakan kaki dan paruhnya.
Setelah lubang itu menjadi besar dan dalam, gagak yang hidup menarik
gagak yang
mati dengan paruhnya ke dalam lubang. Lubang
itu lalu ditutupnya kembali dengan tanah. Gagak yang masih hidup lalu
terbang
meninggalkan tempat itu Melihat itu,
Qabil takjub hairan sekali dan berkata kepada dirinya sendiri: "Rupanya
aku ini jauh
lebih bodoh dari gagak yang hitam itu." Dia
lalu meniru gagak itu. Lubang digali, lalu jenazah adiknya dimasukkan
dalam lubang
itu, dikuburkan dan ditimbunnya dengan tanah.
Setelah agak lama Habil dan Qabil tidak pulang, Adam dan Hawa mulai khuatir
dan cemas. Adam lalu berangkat mencari kedua orang anaknya itu. Alangkah
terperanjatnya Adam melihat darah tertumpah ditanah
membasahi bumi. Dadanya bergoncang, hatinya
berdebar, Adam berteriak sekeras kerasnya kepada Qabil: "Qabil, apa yang
engkau
lakukan terhadap saudaramu?" Bergetar
tubuh Qabil mendengar teriakan bapanya yang luarbiasa itu. Alam
seluruhnya dirasakan
turut bergetar dan berteriak kepadanya: "Hai,
Qabil ! Apa yang engkau lakukan terhadap adikmu sendiri?" Qabil
terus lari
dan lari, dicelah gunung yang tinggi,
melintasi jurang jurang yang dalam. Dengan hati yang penuh ketakutan,
badan gemetar
dan jiwa gelisah. Bukit, gunung, jurang,
pohon dan binatang apa saja yang ia jumpai, seakan akan turut mengejar
dari belakang
dan benteriak teriak kepadanya: "Pembunuh,
pembunuh, pembunuh." Qabil lari dan lari tenus, tak dapat merasa
ketenangan
dan kesenangan buat selama lamanya. Dunia ini
baginya sejak waktu itu adalah tempat pelarian dan ketakutan, kerana
dia sendiri
yang membuat dirinya diselubungi ketakutan,
sehingga menyangka musuh terhadap apa saja yang ia jumpai dan temui.
Begitu susahnya
didunia ini, belum lagi dia di akhirat
nanti.... ! Adam dan Hawa kehilangan dua orang anak sekaligus.
Seorang meninggal
dunia dan seorang lagi hilang tak tentu ke
mana perginya. Terhadap yang sudah meninggal, Adam dan Hawa mendoakan
kepada Allah:
"Ya Allah, ampunilah dia; turunkanlah
rahmatMu kepadanya di Alam Banzakh, dan berilah ia tempat di Syurga di
Alam Akhirat
nanti." Terhadap anaknya yang hilang,
Adam dan Hawa tak benputusasa, mudah mudahan dia dapat kembali dengan
kesedaran
dan keinsafan, dapat menginsafi segala
kesalahan dan dosa yang telah diperbuatnya, akhirnya dapatlah ia menjadi
manusia yang
berguna hidupnya didunia ini bagi ibubapa dan
adik adiknya. Terhadap anak anaknya yang lain, Adam memperingatkan
bahawa kita
manusia hidup dipermukaan bumi ini bukan
sendirian. Disamping kita manusia ada Setan dan Iblis yang menjadi musuh
kita sampai
ke anak cucu dan keturunan kita buat selama
lamanya. Adam dan Hawa menerangkan kepada anak anaknya pengalaman
hidupnya
berdua selama berada di dalam Syurga,
bagaimana hebat dan halusnya godaan Iblis. Sekalipun dikala itu, kerana
sama sama berada
dialam Syurga. Adam dan Hawa dapat melihat
Iblis dan dapat mendengar suaranya, Adam dan Hawa masih dapat tergoda
olehnya.
Apalagi sekarang setelah berada dialam bumi,
dimana kita manusia tidak dapat lagi melihat Iblis dan tidak dapat
mendengar
suaranya, sedangkan Iblis tetap dapat melihat
kita manusia, maka godaan Iblis dimuka bumi ini pasti jauh lebih hebat
dan jauh
lebih merbahaya bagi kita manusia. Iblis
adalah musuh kita yang dapat melihat kita dan kita tidak dapat
melihatnya. Dengan
begitu perjuangan kita terhadap Iblis adalah
perjuangan atau perkelahian yang tidak setaraf. Tidak ubah saperti
penkelahian
dua orang manusia: yang pertama dengan mata
terbuka dan yang kedua dengan mata tertutup. Dapatlah kita pastikan,
orang yang
dengan mata terbuka akan selalu menang, dan
orang yang dengan mata tertutup akan selalu kalah. Tetapi kita
manusia jangan
sedih. Tuhan Maha Pengasih dan Maha Adil.
Kepada kita manusia diberi Tuhan satu cara untuk membutakan mata Iblis
terhadap
kita, iaitu bila kita mohon perlindungan
Allah dari godaan Iblis dengan membaca: "A'uzubillahi minasy Syaitanir
Rajim." Dan
kepada kita manusia diberi kekuatan yang
dinamakan iman, iaitu kepercayaan penuh terhadap Allah. Dengan keimanan
yang kukuh
dan kuat, Iblis tidak sanggup menggoda
manusia. Iblis malah menjadi takut dan lari dari manusia yang beriman
itu. Iblis malah
tidak berani mendekatinya.
sumber :http://alhakelantan.tripod.com/alquraan/id1.html
|
|